Kutipan Zakat Fitrah 1434H

Sukacita dimaklumkan bahawa wakil/amil dari Pusat Islam UTM akan datang ke Fakulti Komputeran untuk melakukan kutipan fitrah pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 2:30 petang – 4:30 petang
Tempat : Bilik Perbincangan, Pejabat Pentadbiran
Fakulti Komputeran, N28a

Sehubungan itu kepada semua staf yang ingin melaksanakan tanggungjawab Rukun Islam ke-4 ini dipersilakan hadir beramai-ramai pada masa seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk makluman, nilai fitrah untuk tahun ini terbahagi kepada 2 iaitu RM5.00 dan RM8.00 seorang.

Sekian terima kasih.