15hb April 2018, Ahad – Seramai 38 pelajar tahun satu Fakulti Komputeran dari kursus Kejuruteraan Data dan Kejuruteraan Perisian telah mengadakan aktiviti sukarelawan di Zoo Johor.  Antara aktiviti yang dijalankan merangkumi pencucian kandang, penyediaan dan pemberian makanan kepada binatang dan pembersihan kawasan sekitar zoo.  Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar untuk terus melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarelawan.