Hari Tanpa Kenderaan UTM 2017

YBhg Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan / Saudara,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, pihak sekretariat telah menetapkan pelaksanaan program Car Free Day UTM seperti dalam gambar dibawah
Pihak sekretariat juga memohon pihak-pihak yang berkepentingan melaksanakan perancangan sebaiknya bagi tujuan memastikan program berjalan dengan lancar. Program ini dijangkakan bilangan kenderaan yang menggunakan laluan-laluan utama akan bertambah. Berikut dicadangkan jadual perjalanan bagi kemasukan warga kampus ke pintu-pintu utama UTM

Jam 7:00 pagi  hingga 7.45 pagi: Laluan kenderaan awam dibuka untuk ke kawasan pewartaan.

Jam 7:45 pagi hingga 8:00 pagi: Pihak Unit Keselamatan akan memulakan sekatan/pengehadan kenderaan memasuki kawasan larangan (pewartaan). Pada masa ini, kenderaan akan dilarang untuk memandu berlegar-legar di dalam kawasan pewartaan. Hanya untuk ke kawasan parkir sahaja dibenarkan.
 
Jam 8:00 pagi: Penguatkuasaan sepenuhnya kenderaan memasuki kawasan pewartaan.

Jam 8:01 pagi hingga 4.00 petang: Hanya Bas yang disediakan sahaja akan dibenarkan beroperasi.

Kesemua elemen pewartaan ini tertakluk kepada budibicara pihak JK yang dilantik di peringkat operasi. PENGECUALIAN akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang menggunakan Enjin Hybrid atau Enjin Elektrik.