PENULARAN VIRUS KOMPUTER

AMARAN PENULARAN VIRUS KOMPUTER

Penularan virus komputer boleh berlaku melalui media penyimpanan seperti pendrive,  melalui emel atau semasa kita melayari internet. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk lebih prihatin dan bertindak bijak dengan tidak membuka emel atau hyperlink yang meragukan samaada di dalam emel atau halaman yang dilawati.

Sebagai langkah inisiatif melindungi komputer dan data anda dari serangan virus seperti serangan “Ransomware” yang sedang aktif sekarang, warga UTM adalah disarankan untuk menggunakan perisian antivirus UTM serta sentiasa mengemaskininya.

Antara kesan daripada ransomware ini adalah :

  • Menghalang pengguna dari mengakses fail/sistem mereka sendiri
  • Kehilangan  maklumat sensitif secara sementara atau kekal.
  • Kerugian yang ditanggung untuk memulihkan semula fail/sistem
  • Boleh membawa kepada jatuhnya reputasi sesebuah organisasi.

Contoh serangan ransomware adalah hyperlink ‘nama pemilik’ doc di dalam emel seperti di bawah :

Bagi pengguna Symatec, artikel berkenaan virus ransomware boleh dirujuk di :

  1. Maklumat berkaitan virus Ransomware
    https://support.symantec.com/en_US/article.HOWTO124710.html
  2. Maklumat cara bagi membuang virus ransomware
    https://support.symantec.com/en_US/article.HOWTO124710.html#v117307575

Antivirus UTM, Symantec Endpoint Protection 14 boleh diperolehi di http://antivirus.utm.my. Sila ikuti langkah-langkah instalasi yang disertakan:

  1. HOW TO CHECK YOUR PC WHETHER RUNNING 32-BIT OR 64-BIT
  2. SYMANTEC  ENDPOINT PROTECTION INSTALLATION GUIDE

Sebarang pertanyaan atau masalah bolehlah menghubungi helpdesk kami di 32136 atau membuat aduan di aduan.cict.utm.my.

Harap maklum.

* Mohon semua staf makmal mengambil tindakan segera sebelum bermulanya semester baru.