LARANGAN MEROKOK : UTM ZON BEBAS ASAP ROKOK DAN VAPE

Bermula dari 1 Mac 2017, UTM akan menguatkuasakan Zon Bebas Asap Rokok dan Vape didalam kampus UTM. Penguatkuasaan ini adalah  seperti yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang telah diwartakan pada 23 September 2004(P.U(a) 324/2004), Pekeliling Pentadbiran bil 22/2014 dan Pekeliling Pentadbiran bil 30/2015.
 
Denda maksimum sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) akan dikenakan kepada individu yang merokok dalam kawasan UTM. Penguatkuasa yang dilantik telah diberi kuasa untuk mengeluarkan notis saman kepada setiap pesalah. Disertakan bersama Pekeliling Pentadbiran bil 22/2014 dan Pekeliling Pentadbiran bil 30/2015.