IT UPDATE : SERANGAN MALWARE ‘WANNACRY RANSOMWARE’

Serangan malware ini disedari oleh penyelidik keselamatan pada 12 Mei 2017. Malware ini menyerang komputer dengan sistem pengoperasian Windows dan boleh merebak melalui rangkaian daripada satu komputer ke satu komputer.

Penularan malware Wannacry Ransomware ini boleh dicegah dengan melaksanakan perkara-perkara di bawah :

1.Sila laksanakan patch untuk semua sistem pengoperasian Microsoft Windows MS17-010. Sila rujuk halaman MS17-010 untuk patch terkini.
2.Sila guna antivirus dan lengkapkan antivirus dengan patern/signature yang terkini. Antivirus UTM, Symantec Endpoint Protection 14 boleh diperolehi di http://antivirus.utm.my.
3.Buat salinan (backup) bagi fail-fail penting.
4.Sila nyahaktif file sharing / Server Message Block (SMB) pada sistem pengoperasian Microsoft Windows. Rujuk cara untuk nyahaktif disini.
5.Berhati-hati dengan email yang mengandungi lampiran. Sila sahkan dengan pengirim email terlebih dahulu sekiranya terdapat lampiran yang mencurigakan pada email tersebut.
6.Sekiranya terdapat tanda-tanda telah diserang dengan malware, sila maklumkan kepada pihak CICT untuk tindakan lanjut.

Ransomware related alerts can also be obtained on the Microsoft website.