PERATURAN KEHADIRAN BEKERJA / KELUAR PEJABAT

Kepada semua staf makmal

Universiti telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran UTM Bil 16 Tahun 2011 mengenai Pemakaian Surat Edaran JPA Berkaitan Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja.

Pekeliling ini antara lain menyatakan bahawa:

  1. Staf perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Pegawai Penyelia sebelum meninggalkan pejabat dan memohon kelulusan dengan menggunakan borang yang disediakan.
  2. Tempoh maksimum yang dibenarkan ialah 4 jam. Jika tempoh meninggalkan pejabat lebih dari 4 jam staf perlu memohon cuti rehat atau cuti lain yang berkelayakan.

3. Staf yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri perlu mengemukakan time-slip atau laporan  perubatan sebagai bukti.

4. Tempoh yang telah diambil untuk meninggalkan pejabat akan di tolak dari cuti gantian staf

Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah membuat semakan secara rawak terhadap rekod kehadiran/pergerakan staf dari beberapa PTJ dan mendapati masih ramai staf yang tidak hadir bertugas tanpa kelulusan, tidak merekod kehadiran harian dengan baik atau meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja tanpa kelulusan Pegawai Penyelia.

Universiti memandang serius isu kehadiran staf ini. Ketidakhadiran tanpa cuti boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil kepada staf. Oleh itu, semua staf sekali lagi diingatkan supaya merekod kehadiran dengan betul dan mematuhi peraturan keluar pejabat sebagaimana dinyatakan dalam Pekeliling ini.

BSM akan membuat pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan ini dipatuhi. Sehubungan itu, bersama ini dikemukakan semula Pekeliling dan Surat Edaran berkaitan bagi tujuan rujukan, semakan dan panduan semua.

 

Pekeliling Mematuhi Waktu Bekerja
Download