Virus & Spam Emails Elert

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimohon kepada semua pengguna email UTM agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan kepada tajuk emel sebelum membuka sebarang email yang diterima yang berkemungkinan mengandungi virus yang akan meyebabkan komputer pengguna akan dijangkiti virus komputer.
2.      Untuk makluman, Gov. Comp. Emergency Response Team –  GCERT(http://gcert.mampu.gov.my)  telah menerima maklumat berkemungkinan berlaku pencerobohan laman web secara besar-besaran, Distributed Denial of Service (DDoS) dan serangan web defacement yang mensasarkan laman web Malaysia. Serangan ini dipercayai berasal dari penggodam Indonesia. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah disarankan untuk mengambil maklum dan tindakan sewajarnya seperti berikut:
i.        Kemas kini aset kritikal anda dengan patch dan kemas kini keselamatan terkini;
ii.        Pastikan pengguna emel tidak membuka atau klik pada emel dan pautan yang mempunyai lampiran atau tidak;
iii.        Memastikan signature anti-virus / anti-malware adalah terkini dan berfungsi;
iv.        Menyekat akses setiap port dan services yang tidak berkenaan;
v.        Semak senarai pengguna sedia ada dan pastikan tiada pengguna baru yang tidak diketahui dikesan;
vi.        Pantau persekitaran anda dengan teliti untuk sebarang anomali;
vii.        Semak sama ada maklumat organisasi anda terdedah dalam pastebin;
viii.        Jika disyaki bahawa server anda telah dikompromi, reset semua nama pengguna dan kata laluan dengan segera; Dan
ix.        Laporkan sebarang anomali yang berlaku di dalam rangkaian dan persekitaran organisasi anda ke GCERT.–
Dimohon jika Tuan/Puan menerima email seperti di atas agar dapat melaporkan ke CICT Customer Relationship Management <crmcict@utm.my>

Sekian, terima kasih.