OSHE & ENERGY

 

 

 

 
 

FUNCTIONS AND RESPONSIBILITIES

  • Carry out laboratory safety plan from time to time.
  • Carry out monthly reports related to CCTV activities , security equipment and accidents in the laboratory.
  • Representing Laboratory Management unit to Faculty of Computing’s  OSHE committee.

safety copy

 

COMMITTEE

 nadzir copy

Mr. Nadzir Hashim

nani copy

Mrs Norhani Mohd Haitami

REFERENCES

 
 

 

 

Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Terbaru

Posted by on Nov 17, 2016 in Information, Knowledge base, Latest news, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Terbaru

Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan lampiran Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk makluman dan tindakan.  Sila gantikan polisi yang baharu di setiap PTJ untuk rujukan kepada semua staf. Sila download dan tampal di makmal masing-masing.

 

Hazard Identification , Risk Assessment and Risk Control ( HIRARC )

Posted by on Mar 27, 2013 in Information, Knowledge base, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Hazard Identification , Risk Assessment and Risk Control ( HIRARC )

HIRARC

We need to know about OSH because:

  • It is a requirement under the law (OSHA and its Regulations);
  • We need to make provisions for securing the safety, health and welfare of our colleagues;
  • We need to make provisions for protecting our clients against risks to safety or health in connection with our trade and activities.

In order for us to achieve the objectives of OSH we need to look into HIRARC which is the basis of occupational safety and health. HIRARC is a compound word which is made up of three consecutive activities running one after the other. The activities consist of Hazard Indentification, Risk Assessment andRisk Control. Hazard indentification is the recognising of things which may cause injury or harm to a person. Risk assessment is the looking at the possibility of injury or harm occuring to a person if exposed to a hazard. The introduction of measures which will eliminate or reduce the risk of a person being exposed to a harzard is known as Risk control.

  • We need to know about HIRARC because:
  • it is the core business of all OSH personnel, safety committee members, supervisors…etc.
  • it is a DIRECTIVE from the Chief Secretary of the government service to all government departments and agencies through its letter of directive: UPTM 159/267/50 Klt.4 dated 20th of August 2004.
  • Before the proccess of identifying any hazards begin, it is necessary to know how to classify what is hazard, risk and danger.
  • Hazard – anything that can cause harm.
  • Risk – a probability of harm actually being done.
  • Danger – the relative exposure to a hazard.

Hazards can be sub-classified into health or safety hazards.

 

View PDF : Hirarc 1 View PDF : Hirarc 2

 

Occupation Health and Safety Management System

Posted by on Mar 27, 2013 in Information, Knowledge base, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Occupation Health and Safety Management System

What is OHSMS?

A occupational health & safety management systems audit has a wide scope and seeks to address hazards and risk controls, it also examines organisational structures, planning activities, responsibilities, implemented procedures, review cycles, measurement & evaluation issues. 

The basic occupational health & safety management system has some of the following features:

Presence of a health and safety policy that is communicated to staff
Health & safety consultation
Management commitment to process
Allocation of responsibilities and accountability for health and safety matters
Controls for suppliers, sub-contractors & purchasing
Hazard identification, evaluation & control
Provision of information and training for staff
Incident recording, investigation, analysis and review
Measuring and evaluating workplace health and safety performance.
Many organisations undertake these audits on an annual basis.
These OHSMS audits can be undertaken by appropriately trained internal staff or by an external third party such as AI&OHS Consultants.

View PDF

Polisi OSHA UTM

Posted by on Mar 25, 2013 in Information, Knowledge base, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Polisi OSHA UTM

Polisi OSHA UTM

POLISI KESELAMATAN, KESIHATAN  & PERSEKITARAN UTM

UTM bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM selaras dengan kehendak perundangan negara.

Bagi menjayakan polisi ini UTM akan:-

  •  Menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang memenuhi kehendak perundangan negara serta piawai antarabangsa.
  •  Menyediakan dan melaksanakan pelan tindakan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti di UTM berjalan dalam persekitaran yang selamat dan sihat.
  •  Memupuk budaya kerja yang selamat melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.
  •  Mengkaji dan memperbaiki polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dari masa ke semasa.
View PDF

 

Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994

Posted by on Mar 25, 2013 in Information, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994

Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen pada tahun 1993 dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan hanya pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

 

View PDF

Akta kilang dan jentera 1967

Posted by on Mar 25, 2013 in Knowledge base, oshe, OSHE tutorial and note | Comments Off on Akta kilang dan jentera 1967

Tajuk1.1_Akta Kilang dan Jentera 1967Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran jurutera dan pembantu teknik. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta politik di Malaysia adalah di antara faktor yang menyebabkan pertambahan jumlah kilangkilang diseluruh negeri. Boleh dikatakan setiap hari terdapat kilang-kilang yang baru di bina dan beroperasi, dengan jumlah kilang yang bergitu banyak maka kerajaan merasakan perlunya diadakan satu akta yang dapat mengawal operasi sesebuah kilang Dalam tahun 1967 telah termaktub satu akta kilang yang kerajaan merasakan perlunya diadakan satu akta yang dapat mengawal operasi sesebuah kilang. Dalam tahun 1967 telah termaktub satu akta kilang yang diberi nama Akta Kilang Dan Jentera 1967

View pdf

Go Green

Posted by on Mar 18, 2013 in Green computing ( Energy Div.), Information, Tips | Comments Off on Go Green

Go Green and Save on Energy Bills!

Energy Saving Green Product

The planet gets a little greener with every new customer. Just how much greener and how much can you save on your energy bill each month?

Take a look at these statistics:

  • Exterior shades can reduce air conditioning loads by up to 60%
  • 16% of all the energy used in the U.S.A. is for air conditioning and its up to 43% in the peak power load of the summer.
  • According to the U.S Dept of Energy, shade on the outside of the window is up to 7 times more effective than interior blinds or window tint.

 

Tip kesihatan – Sakit kepala

Posted by on Mar 12, 2013 in Health, Information, Latest news, Tips | Comments Off on Tip kesihatan – Sakit kepala

Petua Rawatan Sakit Kepala Cara Islam

sakit kepala

 

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

 NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Polisi Kesihatan dan keselamatan pekerjaan UTM

Posted by on Mar 8, 2013 in oshe, Polisy | Comments Off on Polisi Kesihatan dan keselamatan pekerjaan UTM

polisi osharesize2

AMALAN KESELAMATAN KERJA MENGENAI PENGADANG MESIN

Posted by on Mar 8, 2013 in Announcement, Knowledge base, oshe, SOP Machine | Comments Off on AMALAN KESELAMATAN KERJA MENGENAI PENGADANG MESIN

 

Keselamatan Pekerjaan. Bunyinya seperti amalan pekerjaan biasa tetapi sebenarnya, untuk mengamalkannya dapat membantu melindungi anggota badan,…. Malah nyawa juga. Apabila anda mengendalikan mesin atau peralatan, bagaimana selamat sekalipun ia kelihatan, tindakan berjaga-jaga yang mencukupi dapat membantu mencegah kemalangan.

 

2)      Sebagai operator mesin, anda juga bertanggungjawab terhadap keselamatan. Anda bukan saja perlu mengendalikan kelengkapan mengikut spesifikasi, malah perlu melindungi diri anda daripada kemalangan. Ianya bukan sekadar persoalan bagaimana, di mana dan bila. Akta Kilang & Jentera 1967 menyarankan bahawa bahagian jentera yang merbahaya mestilah dipagari dan dibina untuk keselamatan. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, maka satu peranti mestilah dipasang pada mesin untuk mengelak orang yang mengendalikannya daripada terkena komponen yang merbahaya itu. Hukuman di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bagi pekerja yang melanggar peraturan ialah denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Hukuman bagi majikan pula ialah denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

3)      Kemalangan membabitkan jentera berlaku apabila orang yang mengendalikannya cuai atau tidak mematuhi arahan penggunaannya. Ini merupakan satu perkara yang membimbangkan. Didapati kebanyakkan kecederaan perindustrian mempunyai kaitan langsung dengan peralatan mesin dan lain-lain.

 

4)      Penyelidikan menunjukkan 75% daripada kemalangan peralatan mesin dapat dielakkan jika tindakan yang sewajarnya diambil. Lebih separuh daripada kemalangan itu disebabkan oleh kegagalan para majikan menyediakan pelindung atau satu sistem kerja yang selamat. Sebahagian lagi dikaitkan dengan kegagalan menggunakan pengadang atau mematuhi arahan.

 

5)      Pada asasnya, prinsip-prinsip pengadangan peralatan mesin adalah mudah sekali. Apabila “pinch point” (kawasan bahaya) atau “hazard point” (titik bahaya) tidak dapat dihapuskan, maka pengadangan mestilah dipertimbangkan. Dalam banyak kes, apa yang diperlukan hanyalah memasang halangan pada “hazard point” itu. Hari ini, ramai pembuat mesin dan peralatan melakukannya.

 

6)      Melindungi “point of operation” (tumpuan bahaya) kadang kala merupakan satu tugas yang paling sukar sekali. Di “point of operation” inilah biasanya terdapat bahaya berisiko tinggi, kerana disinilah berlakunya interaksi diantara manusia dengan jentera. Langkah berjaga-jaga yang paling selamat ialah mencegah pekerja daripada memasuki “point of operation”.

 

 

 

7)      Mesin-mesin beroperasi dengan gerakan berikut:

 

BERPUTAR, SALINGAN ATAU KOMBINASI KEDUA-DUANYA SEKALI

 

Apabila komponen-komponen mesin berputar atau bersaling, gerakan-gerakan ini boleh menghancur dan memotong. Gerakan seperti ini adalah berbahaya.

 

Contoh gerakan berputar ialah aci, gear dan sesondol

Contoh gerakan salingan ialah omboh solenoid udara.

 

Semua ini perlu ditutup dan diadang

 

8)      Biasanya terdapat empat jenis pengadang, melibatkan rekabentuk kejuruteraan yang mudah. Ianya ialah

 

PENGADANG BERTUTUP

Ia merupakan pengadang atau halangan tetap untuk menghalang mana-mana anggota tubuh badan daripada terkena komponen mesin yang bergerak.

 

PENGADANG SALING MENGUNCI

Ia adalah alternatif terbaik apabila pengadang tetap tidak dapat disediakan. Jika pengadang dibuka, bekalan kuasa ke mesin akan putus.

 

PENGADANG AUTOMATIK

Ia biasanya digunakan di dalam operasi kitar berulang. Anggota-anggota badan operator terlindung apabila komponen mesin bergerak.

 

KAWALAN JAUH, PENEMPATAN, PENYALURAN DAN LENTINGAN

Satu contoh pengadangan kawalan jauh yang baik ialah “two hand trip system” (system pemutus bekalan kuasa dengan dua tangan) yang memerlukan tindakan serentak kedua-dua tangan untuk mengendalikan suis elektrik, kawalan angin atau tuas mekanikal.

 

Perkara-perkara berikut hendaklah sentiasa dipatuhi untuk mengurangkan bahaya mesin anda:

 

  1.                           i.            Pengadang hanya boleh dibuka dengan menggunakan peralatan khas. Hanya personel yang bertauliah boleh membuka pengikat pengadang.

 

  1.                         ii.            Pengadang yang dipasang tidak akan menjejaskan produktiviti atau menimbulkan bahaya baru.

 

  1.                       iii.            Pengadang-pengadang hendaklah direka bentuk agar ia tidak perlu dibuka semasa kerja membaiki mesin atau membuat penyelenggeraan.

 

  1.                       iv.            Pastikan agar ruang diantara pengadang dengan mesin adalah minimum untuk mengelakkan bahagian anggota badan operator daripada sampai ke “danger point” (bahagian bahaya).

 

  1.                         v.            Semua kawalan menghidup atau mematikan mesin mestilah dalam jangkauan operator. Punat tekan kecemasan mestilah mudah dicapai dan ditanda dengan jelas. Untuk menghidupkan jentera, lakukan secara manual setiap masa.

 

  1.                       vi.            Pemeriksaan, kajian semula dan penyelenggeraan pencegahan hendaklah sentiasa dilakukan. Adakan satu program penyelenggeraan pencegahan yang meliputi pemeriksaan semua pengadang mesin.

 

9)      TANDA-TANDA DAN ISYARAT AMARAN

Maklumat amaran yang sewajarnya hendaklah disediakan dan dibuat dengan jelas, terang, ringkas lagi padat , mudah dilihat, mudah dibaca dan diletakkan berhampiran kawasan bahaya, berhampiran dengan operator.

 

10)  Ianya boleh berbentuk seperti berikut:

BAHAYA :    Bahaya yang pasti akan mengakibatkan kecederaan parah atau

Kematian

AMARAN:    Bahaya atau amalan yang tidak selamat yang boleh    mengakibatkan kecederaan fizikal yang teruk atau kematian.

AWAS :          bahaya atau amalan yang tidak selamat yang boleh mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri atau merosakkan produk atau membahayakan harta benda.

 

11)  Adalah lebih baik jika simbol digunakan agar mudah memahami setiap bahaya. Ia mestilah bersaiz yang sesuai dan tahan lama.

 

12)  Apa jua sekali pun, operator mestilah sentiasa dilatih cara menggunakan mesin dan memahami prosedur keselamatan. Pakaian terurai seperti tali leher serta barang kemas dan berambut panjang tanpa bertudung tidak boleh dibenarkan di tempat kerja. Peraturan dan arahan hendaklah sentiasa dipatuhi. Cermin mata keselamatan, perlindungan pendengaran, gogal, penutup muka, sarung tangan dan kasut keselamatan mestilah sentiasa dipakai. Sila pastikan mesin, kelengkapan dan kawasan kerja anda kemas dan bersih setiap masa.

 

 

 

 

 

 

 

 

13)  Prosedur keselamatan kerja yang melibatkan pengadang serta langkah berjaga-jaga mungkin menyulitkan. Tetapi, harus diingatkan bahawa dengan mematuhinya bukan saja banyak membantu ke arah melindungi para pekerja, tetapi juga meningkatkan produktiviti.

 

Demi keselamatan, berhati-hatilah semasa berkerja. Ia memberi banyak kelebihan untuk masa depan.

 

FIKIRKAN KESELAMATAN, BEKERJA DENGAN SELAMAT!