Maintenance

 

 
 

FUNCTION AND RESPONSIBILITY

  • Receive reports of damage to laboratory equipment, maintenance and correction of laboratory equipment damage.
  • Planning and managing the new laboratory equipment if necessary.
  • Make monthly reports on maintenance of laboratory equipment

lims 960447 copy

 

COMMITTEE

 
POLICY 
 
REFERENCES

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LIHAT LAPORAN KESELURUHAN PENYELENGGARAAN UNIT MAKMAL

DOWNLOAD LAPORAN

Staf makmal FC bertukar

Posted by on Jul 25, 2018 in Latest news | Comments Off on Staf makmal FC bertukar

Beberapa staf makmal telah berpindah dan ditempatkan di sekolah baru. Semoga berjaya

Azahar Abd Jalil berpindah ke SAB

Mohd Rohaizam berpindah ke SKBSK

Posted by on Jul 25, 2018 in slider | Comments Off on

BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB UTM SINERGI 4.0

Tarikh : Rabu, 25 Julai 2018
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Latihan 1 Aras 4
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
UTM Johor Bahru.

UTM SYNERGY 4.0 : A NEW SYNERGY HORIZON

Posted by on Jul 25, 2018 in slider | Comments Off on UTM SYNERGY 4.0 : A NEW SYNERGY HORIZON

Selamat Hari Raya 1439H

Posted by on Jun 28, 2018 in slider | Comments Off on Selamat Hari Raya 1439H

Ramadan telah kita tinggalkan, menjelma syawal yang mulia. Aidilfitri disambut dengan gembira, tangan ku hulur maaf dipinta.

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin.

Ramadan 1429H

Posted by on May 21, 2018 in slider | Comments Off on Ramadan 1429H

Kami dari Unit Pengurusan Makmal FC ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan puasa untuk semua warga FC khususnya dan seluruh UTM. Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik dari tahun-tahun sudah.

Selamat kembali kepada semua pelajar FC 2018

Posted by on Feb 11, 2018 in Announcement, Latest news, Uncategorized | Comments Off on Selamat kembali kepada semua pelajar FC 2018

Kami semua mengucapkan tahniah dan selamat kembali kepada semua pelajar FC untuk semester 2 dan kepada pelajar-pelajar baru diucapkan selamat datang. Kami dari unit pengurusan makmal FC mengalu-alukan kepada semua pelajar atas kepulangan anda ke fakulti. Kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Virus & Spam Emails Elert

Posted by on Oct 22, 2017 in Information, Latest news, slider | Comments Off on Virus & Spam Emails Elert

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimohon kepada semua pengguna email UTM agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan kepada tajuk emel sebelum membuka sebarang email yang diterima yang berkemungkinan mengandungi virus yang akan meyebabkan komputer pengguna akan dijangkiti virus komputer.
2.      Untuk makluman, Gov. Comp. Emergency Response Team –  GCERT(http://gcert.mampu.gov.my)  telah menerima maklumat berkemungkinan berlaku pencerobohan laman web secara besar-besaran, Distributed Denial of Service (DDoS) dan serangan web defacement yang mensasarkan laman web Malaysia. Serangan ini dipercayai berasal dari penggodam Indonesia. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah disarankan untuk mengambil maklum dan tindakan sewajarnya seperti berikut:
i.        Kemas kini aset kritikal anda dengan patch dan kemas kini keselamatan terkini;
ii.        Pastikan pengguna emel tidak membuka atau klik pada emel dan pautan yang mempunyai lampiran atau tidak;
iii.        Memastikan signature anti-virus / anti-malware adalah terkini dan berfungsi;
iv.        Menyekat akses setiap port dan services yang tidak berkenaan;
v.        Semak senarai pengguna sedia ada dan pastikan tiada pengguna baru yang tidak diketahui dikesan;
vi.        Pantau persekitaran anda dengan teliti untuk sebarang anomali;
vii.        Semak sama ada maklumat organisasi anda terdedah dalam pastebin;
viii.        Jika disyaki bahawa server anda telah dikompromi, reset semua nama pengguna dan kata laluan dengan segera; Dan
ix.        Laporkan sebarang anomali yang berlaku di dalam rangkaian dan persekitaran organisasi anda ke GCERT.–
Dimohon jika Tuan/Puan menerima email seperti di atas agar dapat melaporkan ke CICT Customer Relationship Management <crmcict@utm.my>

Sekian, terima kasih.

PERATURAN KEHADIRAN BEKERJA / KELUAR PEJABAT

Posted by on Sep 26, 2017 in Information, Latest news, News | Comments Off on PERATURAN KEHADIRAN BEKERJA / KELUAR PEJABAT

Kepada semua staf makmal

Universiti telah mengeluarkan Pekeliling Pentadbiran UTM Bil 16 Tahun 2011 mengenai Pemakaian Surat Edaran JPA Berkaitan Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja.

Pekeliling ini antara lain menyatakan bahawa:

  1. Staf perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Pegawai Penyelia sebelum meninggalkan pejabat dan memohon kelulusan dengan menggunakan borang yang disediakan.
  2. Tempoh maksimum yang dibenarkan ialah 4 jam. Jika tempoh meninggalkan pejabat lebih dari 4 jam staf perlu memohon cuti rehat atau cuti lain yang berkelayakan.

3. Staf yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri perlu mengemukakan time-slip atau laporan  perubatan sebagai bukti.

4. Tempoh yang telah diambil untuk meninggalkan pejabat akan di tolak dari cuti gantian staf

Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah membuat semakan secara rawak terhadap rekod kehadiran/pergerakan staf dari beberapa PTJ dan mendapati masih ramai staf yang tidak hadir bertugas tanpa kelulusan, tidak merekod kehadiran harian dengan baik atau meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja tanpa kelulusan Pegawai Penyelia.

Universiti memandang serius isu kehadiran staf ini. Ketidakhadiran tanpa cuti boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil kepada staf. Oleh itu, semua staf sekali lagi diingatkan supaya merekod kehadiran dengan betul dan mematuhi peraturan keluar pejabat sebagaimana dinyatakan dalam Pekeliling ini.

BSM akan membuat pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan ini dipatuhi. Sehubungan itu, bersama ini dikemukakan semula Pekeliling dan Surat Edaran berkaitan bagi tujuan rujukan, semakan dan panduan semua.

 

Pekeliling Mematuhi Waktu Bekerja
Download

Mohd Rohaizam b Mat Rashid, Mr

Posted by on Jul 18, 2017 in Assistant Officer Information Tecnology FA29 | Comments Off on Mohd Rohaizam b Mat Rashid, Mr

Noranizam Demin, Mr

Posted by on Jul 18, 2017 in Assistant Officer Information Tecnology FA29 | Comments Off on Noranizam Demin, Mr