Assalamualaikum,
Fakulti akan mengadakan Hari Keluarga pada 27-28 April 2013 di Felda Residence, Mersing (sila lihat http://www.feldaresidencetglemanmersing.com/ppc/?gclid=CNT1-d_TkbUCFUd66wodWnIA-g).
Sehubungan dengan itu, pihak fakulti ingin mengalu-alukan penyertaan semua staf untuk menjayakan program Hari Keluarga 2013.
Sila maklumkan persetujuan untuk menyertai Hari Keluarga 2013 kepada pihak urusetia Dr. Dewi Nasien <dewinasien@utm.my>, Dr. Suraya Miskon <suraya@utm.my>, atau En. Muhamad Najib Zamri <najibzamri@utm.my> sebelum 15 Februari 2013.
Walaubagaimanapun, sedikit bayaran komitmen diperlukan untuk menampung perbelanjaan Hari Keluarga 2013. Berikut merupakan kadar bayaran komitmen yang diperlukan:
1) Staf berkeluarga (1 bilik): RM100, 2 Dewasa, 2 Kanak-kanak (berkongsi katil dengan ibubapa)
2) Staf bujang (1 bilik): RM100, 2 Dewasa (staf + 1 dewasa, samada ibu atau bapa)
3) Staf bujang datang seorang: RM50 (kongsi bilik)
Yuran komitmen yang dikenakan termasuk makan, BBQ dan penggunaan kemukahan resort (kolam, karaoke, beach soccer & volley ball) dan juga aktiviti hari keluarga.
Bagi staf berkeluarga dan bujang yang membawa keluarga lebih dari yang diperuntukkan di atas, bayaran tambahan katil dan makan perlu diuruskan sendiri dengan pihak Felda Residence sewaktu daftar masuk (maklumat lanjut sila hubungi Dr. Dewi/Dr. Suraya/En. Najib).
Pendaftaran dibuka sehingga 15 Februari 2013 dan yuran perlu dibayar sebelum 12 April 2013. Mohon nyatakan jumlah ahli keluarga yang akan turut serta untuk memudahkan urusan logistik sewaktu acara berlangsung nanti.