Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Prof./Dr./Saudara,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan Program UTM Postgraduate Info Day 2013 akan dianjurkan pada 18-19 Mei 2013 di Dewan Besar, UTM Kuala Lumpur. Oleh itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk mewar-warkan program ini. Disertakan sekali banner program ini untuk diletakkan di laman web atau facebook bagi tujuan promosi.

Pihak SPS turut membuka kaunter UTM Postgraduate Info Day di UTM Skudai (foyer DSI) semasa Career Day pada 15-16  Mei 2013.

Sekian, segala perhatian & kerjasama yang diberikan amat dihargai & didahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam.