Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Penerbit UTM Press akan mengadakan Road Show Penerbitan Book Chapters Peringkat Fakulti seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 09.00 pagi sehingga selesai
Tempat : Dewan Seminar, Aras 1, Blok N28a
Sehubungan dengan itu, YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./ Saudara/i adalah dijemput hadir ke sesi tersebut.
Program road show ini bagi memberikan penerangan yang lebih menyeluruh mengenai proses penerbitan book chapters kepada setiap staf. Staf adalah digalakkan membawa deraf manuskrip sekiranya ada, bagi dibincangkan semasa program.
Tentatif Program :
 
09.00 pagi – 10.30 pagi – Taklimat oleh Prof. Dr. Rosli bin Hussin, Pengerusi Panel Buku Penyelidikan & Book Chapters
10.30 pagi – 12.00 tengahari – Taklimat oleh Prof. Madya Dr. Kassim bin Thukiman, Pengarah Penerbit UTM Press
12.00 tengahari – 1.00 petang- Sesi Soal Jawab dan Latihan dalam Kumpulan (LDK)
1.00 petang – 2.00 petang – Rehat
2.30 petang – 3.30 petang – Sambungan LDK
3.30 – Bersurai
 
Kehadiran YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./ Saudara/i adalah amat diharapkan.
Pelajar pasca siswazah juga dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
UTM Open Day