Majlis Penghargaan Staf telah diadakan bagi meraikan staf yang akan bertukar ke jabatan lain di Bilik Perbincangan Utama pada jam 10.00 pagi. Staf yang akan bertukar ialah Encik Ganesan a/l Andimuthu dimana beliau akan berpindah ke Fakulti Biomedik & Kejuruteraan Perubatan (FBME). Fakulti Komputeran juga turut mengucapkan selamat datang kepada Encik Taha bin Othman dimana beliau bertukar jabatan dari Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) ke Fakulti Komputeran yang akan menggantikan tempat Encik Ganesan kelak.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Dr. Abdul Samad bin Ismail. Kemudian, diikuti dengan ucapan oleh Encik Ganesan mengenai pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di Fakulti Komputeran serta kata-kata nasihat & semangat untuk staf yang akan terus berkhidmat untuk Fakulti Komputeran. Majlis juga turut memberikan peluang kepada rakan-rakan staf akademik & pengurusan untuk merakamkan ucapan penghargaan & kata-kata semangat untuk Encik Ganesan akan bertugas di tempat baru kelak. Majlis turut memberikan peluang kepada Encik Taha untuk memperkenalkan diri serta menceritakan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di jabatan lain sebelum berkhidmat di Fakulti Komputeran. Majlis penutup diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada Encik Ganesan yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdul Samad. Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi dengan jamuan ringan serta sesi mengambil gambar sebagai kenangan.

 

Image00001  Image00011Image00017  Image00026UTM_2256  Image00028Image00029  Image00030UTM_2274  UTM_2270UTM_2272