Pada 14 Jun 2016 Majlis Penghargaan Staf Fakulti Komputeran telah diadakan di Bilik Perbincangan Utama bagi meraikan staf yang akan berpindah ke jabatan lain. Staf yang akan berpindah ialah Encik Md Ali bin Abd Rahim yang akan berpindah ke Pejabat Hal Ehwal Korporat (Pejabat HEK) dan Encik Muhammad Sabri bin Abdul Latiff pula akan berpindah ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS). Majlis bermula pada pukul 8.15 pagi dengan do’a pembukaan majlis yang telah dibacakan oleh Encik Mohd Ayob bin Suradi. Kemudian Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Dr. Abdul Samad bin Haji Ismail menyampaikan ucapan pembukaan & serta tazkirah ringkas. Selepas tayangan video, Encik Ali & Encik Sabri menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang berkhidmat di Fakulti Komputeran serta menyampaikan pesanan terakhir untuk rakan-rakan staf yang akan meneruskan perkhidmatan di Fakulti Komputeran.
Upacara penyampaian hadiah kepada Encik Ali & Encik Sabri telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdul Samad sebagai tanda penghargaan kepada mereka sepanjang berkhidmat di Fakulti Komputeran. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan penghargaan dan kata-kata semangat oleh Puan Murni & Encik Taha, disertai dengan semua rakan staf dari Pejabat Pentadbiran & Pejabat Akademik. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Kamalrulnizam dimana beliau turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan penghargaan. Majlis tamat pada pukul 9.45 pagi dengan sesi mengambil gambar sebagai tanda kenangan.