Pada 31 Mac – 15 April 2017, UTM Staff Games 2017 (USG 2017) anjuran UTM Sports Excellence telah berlangsung dimana ia telah disertai oleh fakulti dan bahagian yang terdapat di UTM. USG 2017 telah dimulakan dengan acara bola jaring sebagai acara pembukaan. Turut tidak ketinggalan, Fakulti Komputeran (FC) telah menghantar beberapa atlit untuk menyertai acara yang telah dipertandingkan. Berikut adalah pencapaian FC dalam acara berikut:
Acara | Pingat |
Catur (P) | Emas |
400m Veteran (P) | Emas |
800m Veteran (P) | Emas |
Lontar Lembing Veteran (L) | Gangsa |
Badminton (L) | Gangsa |
Bola Jaring | Gangsa |
Bola Tampar (P) | Gangsa |
Terima kasih diucapkan kepada staf yang menyertai & memberikan sokongan sepanjang USG 2017 telah berlangsung. Dengan pencapaian FC dalam USG 2017 ini, diharapkan staf FC dapat mengembangkan lagi bakat dalam sukan dengan menyertai USG pada edisi akan datang dan seterusnya mencerahkan peluang FC untuk membawa pulang pingat dalam acara yang akan dipertandingkan kelak.
Sila klik untuk galeri gambar.