Buku Pengaturcaraan Berstruktur Menggunakan C++ terbitan Penerbit UTM Press telah terpilih sebagai penerima Anugerah Buku Negara kategori Anugerah Pengajian Tinggi bagi tahun 2017, hasil daripada penilaian oleh Panel Profesional Anugerah Buku Negara yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (Mantan Ketua 1, GAPENA), Yayasan Pembangunan Buku Negara. Majlis Anugerah Buku Negara 2017 akan diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2017. Penulis-penulis Buku Pengaturcaraan Berstruktur Menggunakan C++ ialah Prof. Madya Dr. Dayang Norhayati binti Abang Jawawi, Prof. Madya Dr. Norazah binti Yusof, Prof. Madya Noraniah binti Mohd Yassin, Dr. Radziah binti Mohamad dan Dr. Zalmiyah binti Zakaria. Tahniah diucapkan kepada para penulis.
Recent News
- Seminar of Entrepreneurship Article – Group 6
- Seminar of Entrepreneurship Article – Group 2
- Career Opportunities In Professional Services Firm: Ernst & Young (EY)
- UTM – SCS Meterai Kerjasama Akademik dan Penyelidikan.
- Summary of Tasks – Academic Office Staffs
- Sesi Engagement MPP UTM bersama Pengerusi Sekolah Komputeran
- Memorandum of Agreement (MoA) between UTM & Digital Way Academy Sdn. Bhd.
- Graduan Sekolah Komputeran UTM Terpilih Sebagai Felo Perdana 2021 Perdana Menteri
- Technology Information System & 4.0th Industrial Revolution
- SCRG-MLV Sharing Session