Fakulti Komputeran akan menganjurkan siri wacana ilmu yang dikenali sebagai Computing Curriculum Colloquium for 4th Industrial Revolution (CCC 4IR). Kolokium khas ini akan membincangkan isu berkaitan penyemakan, penggubalan dan perlaksanaan program akademik fakulti yang relevan dan diperlukan oleh negara dalam era revolusi industri keempat. Mana-mana staf yang berminat untuk berkongsi pandangan dan cadangan dipelawa untuk menyampaikannya melalui pembentangan dalam kolokium ini. Masa setiap pembentangan dicadangkan dalam sekitar 20-25 minit.

Pembentang juga diminta menyenaraikan cadangan sama ada dari segi struktur dan kandungan kurikulum, penyampaian dan pentaksiran. Staf yang hadir akan diberi peluang memberi maklumbalas melalui e-survey. Maklumbalas ini akan dijadikan asas pertimbangan oleh task force transformasi kurikulum FC.

Pembentang siri pertama ini adalah Prof. Dr. Rose Alinda Alias dan Prof. Dr. Abdul Samad Ismail. Semua staf akademik, dengan segala hormatnya, dijemput ke kolokium berkenaan. Staf yang berminat untuk membentang dalam siri seterusnya bolehlah memaklumkan hasrat kepada Timbalan Pendaftar (taha@utm.my) atau En Zulkifli Ahmad (zulkifliahmad@utm.my). Semoga usaha ini membantu fakulti untuk terus maju, relevan dan menerajui pengembangan bakat bidang teknologi digital negara.

Pautan untuk e-survey: klik disini