Tahniah diucapkan kepada salah seorang pelajar Fakulti Komputeran, Pang Cheng Hao kerana menduduki tempat ke-3 di dalam FYP Competition anjuran IEEE Malaysia. Projek yang beliau telah bangunkan dimana turut diselia oleh Dr. Noraini Ibrahim ialah Multi-Platforms Application of Dengue Vector-Control (DVC) System for Aedes Mosquitoes Inspection and Destruction kategori Track 7: Biomedical Engineering. Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada para pelajar Fakulti Komputeran dalam membangunkan projek yang berpotensi untuk dipertandingkan pada masa akan datang.
Sumber: List of Winners for 2017 IEEE Malaysia FYP Competition