Pada Jumaat 16.3.2018, telah berlangsungnya Program BBQ SCSR bertemakan “Picnic under the stars” bagi Jabatan Sains Komputer yang diadakan di Tempat Barbeku Tasik PKU UTM. Hampir 200 orang pelajar SCSR, pensyarah jabatan CS dan keluarga telah menghadiri program BBQ . Tujuan utama program ini adalah untuk menyambut kehadiran pelajar baru Sem II seramai 28 orang dan menyambut kepulangan pelajar Tahun 4 dari Latihan Industri. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara para pelajar dan pensyarah. Program ini merupakan acara tahunan jabatan CS dan ini merupakan tahun ke-2 diadakan.