Pada 24 & 25 Februari 2018, Malaysia Bioinformatics Students Conference (MABIOS) 2018 telah berlangsung di Fakulti Komputeran. Persidangan ini melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Malaya (UM), Management & Science University (MSU University), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Multimedia University (MMU) & Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dimana UTM bertindak sebagai tuan rumah untuk persidangan ini. Persidangan ini diadakan sebagai platform kepada pelajar dan professional untuk bertukar-tukar idea dalam bidang bioinformatik. Selain itu, ia bertujuan memberikan pendedahan & halatuju terkini masa depan bidang bioinformatik kepada Malaysia. Penceramah yang terlibat ialah Dr. Afnizanfaizal Abdullah pengasas bersama Synthetic Biology Research Group UTM, Dr. Chan Weng Hoe dimana beliau adalah ahli International Society for Computational Biology and Bioinfomatics (ICSB) & Asia Pacific Bioinformatics Network (APBioNet) & Mr. Alfred Simbun dari Data Scientist at Acenture Malaysia Bioinformatics educator at Alfred Initiatives. Tetamu kehormat turut hadir dalam persidangan ini ialah YB. Datuk Dr. Abu Bakar b. Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). Persidangan ini tamat pada 25 Februari 2018 pada pukul 5.00 petang.

Galeri gambar