Alhamdulillah, in shaa Allah kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Semoga kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan makhluk-Nya yang mulia ini, yang menjanjikan pelbagai tawaran dan keistimewaan, in shaa Allah.

Sebagaimana yang telah dirancang,in shaa Allah Majlis Hi-tea Semarak Ramadhan fakulti akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Jun 2013, 3.00 – 5.00pm
Tempat: Dewan Alumni, UTM Skudai. (Nota: PERUBAHAN TEMPAT)
TENTATIF PROGRAM
2.45 –  petang Staf mengambil tempat
3.00 – petang Ucapan aluan pengerusi majlis
3.10 – petang Ucapan Dekan
3.30 – petang Ceramah Semarak Ramadhan. Tema – Ramadhan BBM (Bulan penuh Barakah & Maghfirah)
4.40 – petang Doa dan Jamuan
5.00 – petang Bersurai

Untuk makluman, Insya Allah pada kali ini JAPNI merancang untuk memberikan door-gift yang lebih istimewa kepada semua staf. Sehubungan dengan itu, kami ingin membuka peluang kepada ahli Babus Sadaqah sekelian untuk membesarkan lagi Babus Sadaqahnya dengan menyumbang bagi menjayakan perancangan ini. Justeru, kepada yang ingin menyumbang, boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Jamilah <jamilahy@utm.my> di pejabat akademik Aras 3 N28A.

Nota: Daripada satu hadith, Babus Sadaqah bermaksud Pintu Sedekah yang merujuk kepada salah satu pintu syurga yang akan dimasuki oleh mereka daripada kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), nama mereka diseru daripada Babus Sadaqah ini untuk memasuki syurga. Wallahua’lam. 🙂