Pada 23 Ogos 2016, Majlis Penghargaan Staf Fakulti Komputeran telah diadakan di Pejabat Pentadbiran bagi meraikan staf yang akan bersara. Staf yang bersara ialah Puan Noridah binti Abdul Wahab dimana beliau telah bersara pada 24 Ogos 2016. Majlis bermula pada pukul 4,30 petang dengan ucapan penghargaan oleh Prof.Dr. Kamalrulnizam & Puan Murni Hariyanti. Tidak ketinggalan, Puan Noridah juga turut menyampaikan ucapan terakhir dan kata-kata semangat untuk rakan-rakan staf Fakulti Komputeran yang akan meneruskan perkhidmatan mereka.
Upacara serahan tugas telah disempurnakan oleh Puan Murni serta penyampaian cenderahati kepada kepada Puan Noridah telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Kamalruknizam sebagai tanda penghargaan sepanjang perkhidmatan beliau di Fakulti Komputeran. Majlis tamat pada pukul 5.00 petang dengan sesi punch-card terakhir sebagai tanda Puan Noridah telah bersara secara rasmi dari Universiti Teknologi Malaysia & Fakulti Komputeran secara khususnya. Kemudian, acara mengambil gambar sebagai tanda kenangan terakhir turut juga diadakan.