Pada 12 Januari 2017, Majlis Penghargaan Staf Fakulti Komputeran telah diadakan di Pejabat Akademik bagi meraikan staf yang menamatkan perkhidmatan. Staf yang telah menamatkan perkhidmatan ialah Encik Yusoff bin Ab. Rauf dimana beliau telah bersara pada 14 Januari 2017. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dengan ucapan penghargaan oleh Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Dr. Abd. Samad & Timbalan Dekan (Akademik) Prof. Dr. Habibollah. Tidak ketinggalan juga, Encik Yusoff turut menyampaikan ucapan terakhir serta perkongsian pengalaman beliau sepanjang berkhidmat bersama Fakulti Komputeran & Universiti Teknologi Malaysia secara amnya.
Upacara penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Prof Dr. Abd. Samad sebagai tanda penghargaan sepanjang perkhidmatan beliau di Fakulti Komputeran. Majlis tamat pada pukul 3.30 petang dengan sesi punch-card terakhir sebagai tanda Encik Yusoff telah bersara secara rasmi dari Universiti Teknologi Malaysia. Sesi mengambil gambar sebagai tanda kenangan juga turut diadakan.