Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak JAPNI akan menganjurkan Program Bazar Ramadhan Fakulti Komputeran yang akan diadakan pada seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Jun 2015 (AHAD)
Masa : 2:00ptg – 5:ptg
Tempat : Laman Interaksi, Blok N28A
Di dalam program ini, pihak JAPNI mempelawa kepada semua warga fakulti yang berminat untuk berniaga juadah-juadah bermasak atau lain-lain jualan yang bersesuaian. Untuk ini, pihak JAPNI akan menyediakan ruang dan meja-meja yang bersesuaian. TIADA BAYARAN TAPAK DIKENAKAN. Walau bagaimanapun para peniaga digalakkan untuk memberikan sedikit sumbangan seikhlasnya kepada pihak JAPNI.
Sehubungan itu mohon kepada semua warga Fakulti Komputeran supaya dapat sama-sama hadir ke program tersebut bagi menjayakan dan memeriahkan program tersebut.
Sekian, terima kasih.