p1

Sekumpulan sembilan belas orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Ibrah Paradigm Training & Consultancy (IPTC) telah melaksanakan program khidmat masyarakat di Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Islam (PAYASUM). Program ini selaras dengan matlamat UTM yang menjadikan khidmat komuniti sebagai salah satu teras universiti dalam kalangan para akademik di UTM.

p4 p3

Antara aktiviti utama yang telah dijalankan oleh para pensyarah sendiri ialah motivasi dalam kumpulan bagi pelajar sekolah menengah di PAYASUM yang meliputi hala tuju pelajar ke pengajian tinggi, kesedaran tentang kepentingan bahasa Inggeris terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi serta etika dalam penggunaan Internet dan media sosial. Para pensyarah turut menjayakan gotong-royong memasak makan malam untuk enam puluh lapan pelajar PAYASUM.

p2

Pada majlis penutupan program, para pensyarah turut menyumbang sejumlah RM1500 serta hamper yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Dayang Norhayati Abang Jawawi, Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian kepada Pn. Hjh. Puziah bte. Hj. Md. Taha, Penolong Penyelia PAYASUM. Para pensyarah turut menyumbang pembelian bahan mentah untuk gotong-royong makan malam para pelajar PAYASUM. Ustaz Syaari Ab. Rahman, Pengarah Urusan dari IPTC turut menyampaikan bacaan doa bagi kesejahteraan dan kejayaan semua peserta program pada akhir majlis.

UTM Open Day