Assalamualaikum Prof./Prof. Madya/Dr. /Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran akan mengadakan Program Membungkus dan Mengagihkan Bubur Lambuk pada 28 Jun 2015, jam 2:00 petang di Laman Interaksi, Blok N28A.
 
Sehubungan itu semua warga fakulti adalah dijemput dan dipersilakan untuk datang dan mengambil bubur tersebut pada masa dan tempat seperti yang dinyatakan di atas.
 
Dimaklumkan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa pembungkusan, saudara semua diminta untuk berkumpul di Laman Interaksi seawal jam 12:00 tengahari untuk kerja-kerja pembungkusan.
 
Untuk makluman semua warga fakulti, bubur lambuk ini adalah tajaan beberapa staf Fakulti Komputeran.
Bagi pihak fakulti, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sumbangan saudara. Semoga saudara dan keluarga mendapat keberkatan, keredhaan, kerahmatan dan keampunan dari Allah jua. In shaa Allah. Sekian terima kasih.
UTM Open Day