Assalamua’laykum wr. wb & Salam Sejahtera YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Saudara,
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa CICT akan mengadakan Roadshow Khidmat Sokongan GMail bagi membantu staf yang menghadapi masalah dengan pemindahan email rasmi UTM dari Desknow kepada GMail.
Bagi Zon F (FC dan CICT), Roadshow ini adalah pada 8 Julai 2015 (Rabu), bertempat di Bilik Jamuan, Aras 1, Bangunan N28a mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.
Perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Saudara berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.