Pengenalan

iCARE Pengaturcaraan ROBOT – Liga Kejora merupakan sebuah program anjuran hasil kerjasama di antara Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Pusat Kemajuan dalam Informatik Pendidikan Luar Bandar (iCARE). Ia bertujuan untuk mendedahkan ilmu pengaturcaraan kepada para pelajar sekolah.

 

Objektif Program

  • Memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk mengalami pengalaman asas dalam pembangun pengaturcaraan komputer yang praktikal.
  • Meningkatkan minat di kalangan pelajar sekolah dalam bidang berkaitan dengan pengaturcaraan.
  • Mempromosikan UTM sebagai pilihan terbaik bagi melanjutkan pelajaran terutama di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.

 

Tujuan iCARE

  • Menggalakkan pembangunan modal insan
  • Menyediakan platform pembelajaran sekolah membolehkan para pelajar sekolah belajar empat kemahiran generik iaitu penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, komunikasi interpersonal dan kerja berpasukan.
  • Memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar sekolah menengah.

 

Manfaat Program

  • Menyelesaikan masalah melalui kaedah pengaturcaraan komputer.
  • Menyediakan platform pembelajaran yang kondusif.
  • Menggalakkan pembangunan modal insan.
  • Memupuk budaya kreatif dan inovatif.
UTM Open Day