Dukacita dimaklumkan, sahabat kita Tn Hj. Muhammad Hafiz, Penolong Pendaftar Kanan di Bhg. Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau di Tmn. Pulai Utama hari ini jam 4.00 pagi. Jenazah akan diuruskan di Masjid UTM pada jam 12 tgh & akan disolat dan kebumi selepas solat zohor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Seluruh warga kampus mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian beliau.