Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam Ramadan Al-Mubarrak
PELUANG BERINFAK BAGI KEPERLUAN PERABOT RUANG INTERAKSI PELAJAR UTAMA DI RUANG LEGAR ARAS 2, BLOK N28, SEKOLAH KOMPUTERAN (SC)
1) Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Fasiliti SC ingin mempelawa semua warga dan alumni Sekolah Komputeran untuk berinfak bagi menjayakan pembinaan Ruang Interaksi Pelajar Utama di Aras 2, Blok N28, Sekolah Komputeran.
2) Setelah sekian lama ruang legar Aras 2 di Blok N28 dibiarkan kosong, pihak sekolah telah memulakan kerja-kerja naik taraf kawasan tersebut untuk dijadikan Ruang Interaksi Pelajar Utama. Ruang ini bertujuan memberi kemudahan dan persekitaran yang lebih sesuai dan selesa bagi pelajar berbincang, bertemu dan berehat semasa berada di sekolah.
3) Projek ini telah bermula pada tahun 2018 dan akhirnya telah mendapat kelulusan dari Pejabat Harta Bina UTM pada tahun 2019 dengan kelulusan Sekolah Komputeran UTM.J.28.02/10.17/1/2 (2). Kerja-kerja naik taraf seni bina dan elektrik telah bermula pada Februari 2020 dan dijangka selesai pada Jun 2020. Gambar-gambar ruang sebelum dan ketika pembinaan serta lakaran bayangan ruang yang siap disertakan.
4) Berikut adalah bajet bagi tujuan ini:
Seni bina dan elektrik: RM115,330.00 dari tabung endowmen dan amanah sekolah
Perabot : RM40,000.00
Namun, bajet bagi pembelian perabot masih belum mencukupi.
Warga dan alumni SC boleh menyumbang sebarang amaun bagi tujuan pembelian perabot Ruang Interaksi Utama Pelajar untuk di masukkan ke Tabung Endowmen Perabot Ruang Interaksi Pelajar SC seperti berikut:
BANK: CIMB
NO AKAUN: 8006053536
BAYARAN ATAS NAMA: BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
RUJUKAN: Endowmen Perabot SC
Mohon maklumkan kepada Cik Marina Md Arshad marinama@utm.my untuk rekod dan memastikan sumbangan atas usaha saudara-saudari dikira di bawah Tabung Endowmen Fakulti (TEF) di bawah Sekolah Komputeran. Sumbangan rakan-rakan ini boleh diambil kira dalam pencapaian tahunan di bawah komponen berkaitan. Penyumbang juga akan turut mendapat resit rasmi dari Bendahari UTM untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
Rebutlah peluang 10 hari terakhir Ramadhan ini untuk berwakaf bagi diri dan keluarga yang kita sayangi. Segala sumbangan dan keprihatinan saudara-saudari sekalian amatlah dihargai dan semoga mendapat ganjaran yang selayaknya di sisi Allah SWT.
Jazakallahu khairan kathira