Sambutan Bulan Akademia UTM 2026 iktiraf peranan warga akademik mendepani transformasi pendidikan tinggi era AI

by | Oct 2, 2026 | Awards/ Winning-Competition/ Recognition

KUALA LUMPUR, 2 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan Sambutan Bulan Akademia UTM 2026 sepanjang Oktober sebagai platform mengiktiraf sumbangan dan pencapaian warga akademik, selain memperkasa peranan mereka dalam menerajui transformasi pendidikan tinggi yang semakin dipacu perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Sambutan yang berlangsung di UTM ini mendukung aspirasi Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meraikan Bulan Akademia di peringkat nasional. Pelaksanaannya di peringkat UTM diterajui dan diselaraskan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Perasmian Sambutan Bulan Akademia UTM 2026 telah disempurnakan Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim, diiringi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, sempena Majlis Bersama Naib Canselor (Oktober).

Pelancaran ini menjadi simbolik komitmen kepimpinan universiti dalam memperkasa peranan warga akademik, selain menyemarakkan budaya ilmu, inovasi dan kecemerlangan dalam mendepani transformasi pendidikan tinggi.

Pelancaran Sambutan Bulan Akademia UTM 2026 sempena Majlis Bersama Naib Canselor (Oktober)

Bertemakan “Sinergi Ilmu, Teknologi & Inovasi Dalam Akademia”, penganjuran Bulan Akademia UTM 2026 mencerminkan sokongan dan komitmen UTM terhadap aspirasi KPT dalam menghargai serta memperkasa warga akademik sebagai tonggak kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Tema berkenaan turut mengetengahkan peranan ahli akademik bukan sekadar sebagai penyampai ilmu, malah sumber inspirasi dalam membentuk modal insan, memacu penyelidikan berimpak, mencetus inovasi serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Sambutan yang diraikan pada 5 Oktober setiap tahun itu menjadi wadah untuk menghargai jasa, sumbangan dan peranan penting warga akademik di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Sepanjang Oktober, Bulan Akademia UTM menghimpunkan fakulti, pusat kecemerlangan, jabatan dan bahagian universiti menerusi pelbagai program yang membuka ruang perkongsian ilmu, pertukaran amalan terbaik serta pengukuhan jaringan antara akademia, industri, komuniti, alumni dan agensi luar.

Pelbagai aktiviti yang dirancang termasuk Kopi-kopi Bersama Profesor, Sukan Tradisional Akademia, Terra Vibes: Walk into Mini Nature, Syarahan Perdana, Program Apresiasi Seni Akademia, Santai dan Sapa: Terima Kasih Prof., Seminar Wanita Akademia, New Academia Learning Innovation (NALI) 2026 dan Majlis Kecemerlangan Akademia UTM 2026.

Majlis Kecemerlangan Akademia UTM 2026 yang dijadual berlangsung pada 30 Oktober 2026 bakal menjadi acara kemuncak sambutan berkenaan.

Menerusi majlis itu, sebanyak 13 anugerah kecemerlangan kepada warga akademik bakal disampaikan atas pencapaian cemerlang dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi serta sumbangan berimpak tinggi kepada universiti, industri dan masyarakat.

Penganjuran Bulan Akademia UTM 2026 diharap menjadi inisiatif mapan dalam memperkukuh budaya ilmu, penghargaan dan kecemerlangan akademik, di samping memperkasa para sarjana untuk kekal relevan, progresif dan berdaya tahan dalam mendepani perubahan landskap pendidikan tinggi.

Komitmen ini mencerminkan sokongan berterusan UTM terhadap aspirasi KPT dalam membangunkan ekosistem pendidikan tinggi negara yang berkualiti, inovatif dan berimpak, selain memastikan kemajuan AI dan teknologi dimanfaatkan secara strategik bagi memperkasa pendidikan, pembangunan bakat dan kesejahteraan masyarakat.

Written By

Written by: Alex Johnson

Alex Johnson is a passionate advocate for student empowerment and has been a part of the FC UTM community for over a decade. With a background in educational development, Alex is committed to helping students achieve their full potential.

Related Posts

UTM research turns e-waste into potential hydrogen-energy material

Researchers at Universiti Teknologi Malaysia have successfully converted electronic waste into a potential material for solar-driven hydrogen-energy applications. The initiative collected over 2,777 kg of e-waste and processed it into a carbonaceous material that can be used as a conductive matrix for photoelectrochemical electrodes. The research has the potential to contribute to clean energy solutions and aligns with the United Nations’ Sustainable Development Goals.

read more

UTM researchers earn major honours at MRC 2026

Researchers from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) secured three Awards of Excellence and First Runner-Up recognition at the 13th Malaysian Road Conference & Exhibition 2026 for their innovative projects in sustainable pavement and road-material development. The projects, which include self-healing polymer for flexible pavement and high-performance pavement technology, demonstrate UTM’s work in advancing resilient and sustainable road construction. The recognitions strengthen UTM’s profile in civil engineering research and innovation.

read more
WBLMS Fakulti Komputeran UTM raih emas di IIDEL 2026

WBLMS Fakulti Komputeran UTM raih emas di IIDEL 2026

Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah meraih pingat emas dalam pertandingan Invention, Innovation & Design on E-Learning (IIDEL) 2026 dengan inovasi WBLMS: Human-Centred Cybergogy. Sistem ini dibangunkan untuk menangani cabaran penyelarasan pembelajaran berasaskan pekerjaan dan telah digunakan dalam pelaksanaan program UTM 2u2i. WBLMS mengintegrasikan pengurusan penempatan pelajar, penyeliaan, pemantauan kemajuan, penyerahan projek, penilaian dinamik, maklum balas dan penggabungan hasil pembelajaran.

read more

0 Comments

UTM Open Day