UTM telah menjadi pangkalan operasi syarikat perkakasan pengkomputeran kuantum pertama di Malaysia, AQSolotl Pte. Ltd. dari Singapura. Penempatan operasi ini membuka peluang kepada pembangunan teknologi, pengkomersialan dan bakat tempatan dalam bidang kuantum. UTM telah membangunkan kepakaran kuantum sejak 2009 melalui kerjasama dengan Jepun dan kemudian diperluas menerusi jaringan penyelidikan dengan institusi di Singapura. Kehadiran AQSolotl di UTM juga membuka peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri dan mendapat pendedahan secara langsung kepada persekitaran penyelidikan dan pembangunan teknologi kuantum.
Post By
Bengkel aplikasi web berbantukan AI perkasa pengetahuan digital guru SK Seri Saujana
Bengkel Pembangunan Apps Tanpa Kod Menggunakan Google AI Studio telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana bagi memperkenalkan pembangunan aplikasi web berbantukan kecerdasan buatan (AI) kepada guru. Program ini melibatkan perkongsian kepakaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama komuniti sekolah untuk menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Guru berjaya menghasilkan beberapa aplikasi yang berkaitan dengan keperluan sekolah, termasuk aplikasi pemantauan emosi murid, sistem pengurusan kehadiran murid, dan aplikasi kuiz tatabahasa Bahasa Melayu.
SKSM33 serlah kepakaran penyelidik matematik UTM, raih pelbagai pengiktirafan
Researchers from the Department of Mathematics, Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) showcased their expertise at the 33rd National Mathematics Science Symposium (SKSM33) and received various recognitions for their achievements in mathematics. UTM researchers presented several papers and received awards in various categories, including the Best Paper Award and the Sanjungan Award.

