Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menyempurnakan pelancaran buku “Kembara Dunia: 100 Hari, 40 Syarahan, 15 Negara” karya Profesor Emeritus Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Buku itu merakam perjalanan ilmu penulis ke 15 negara dari 16 April hingga 26 Julai 2025, dengan menyampaikan 40 syarahan dan bertemu lebih 100 sarjana terkemuka dunia. Buku itu membincangkan perkembangan ilmu, penyelidikan, pendidikan tinggi dan kehidupan masyarakat di negara yang dikunjungi.
Post By
Sultan Nazrin sempurnakan pelancaran buku Kembara Dunia karya Zaini Ujang
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menyempurnakan pelancaran buku “Kembara Dunia: 100 Hari, 40 Syarahan, 15 Negara” karya Profesor Emeritus Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Buku itu merakam perjalanan ilmu penulis ke 15 negara dari 16 April hingga 26 Julai 2025, dengan menyampaikan 40 syarahan dan bertemu lebih 100 sarjana terkemuka dunia. Buku itu membincangkan perkembangan ilmu, penyelidikan, pendidikan tinggi dan kehidupan masyarakat di negara yang dikunjungi.
Majlis Citra Karisma 2026 hargai staf cemerlang, perkukuh budaya kerja berprestasi tinggi
Majlis Citra Karisma 2026 diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan warga universiti. Majlis tersebut bertemakan “Warisan Johor” dan bertujuan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi. 470 penerima diberi pengiktirafan menerusi 15 kategori anugerah, termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim menerima Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan atas kepimpinan dan sumbangan beliau kepada pembangunan dan kecemerlangan UTM.

