Bengkel Pengurusan Kecemasan bagi ahli ERT

Bengkel ini telah diadakan di Fakulti Komputeran pada 20 Ogos 2015 (Khamis) selama sehari bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang.  Bengkel ini bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada Ketua Insiden (Incident Commander) dan ahli Emergency Response Team (ERT) agar terlatih dan mahir mengunakan peralatan keselamatan serta memahami fungsi dan tujuan pengunaannya serta tanggungjawab yang dipikul.

 

Selain latihan kemahiran, peserta juga didedahkan dengan fungsi peralatan keselamatan secara teori dan praktikal yang telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pejabat Harta Bina, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),Unit Keselamatan, Pejabat Pendaftar dan Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM (Unit OSHE UTM).

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ceramah bertajuk peranan dan tanggungjawab ahli ERT yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Yahaya bin Mohd Yatim, Timbalan Pengarah OSHE UTM, perbincangan penyelesaian masalah secara berkumpulan serta pembentangan, latihan mengunakan peralatan pemadam api dengan cara semburan air dan gas untuk semua angota ERT. Turut diadakan adalah pendedahan alat-alat pencegahan seperti break glass, pengesan asap, pengesan haba dan loceng kecemasan.

 

Seramai 35 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti bengkel ini dan ianya terdiri dari pelbagai jawatan dan juga jabatan.  Antaranya terdiri daripada Pengurus Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar, Penolong Jurutera, Juruteknik, Pembantu Tadbir, Setiausha Pejabat, serta Pembantu Operasi.

 

Bengkel yang diadakan secara julungkali ini dikhaskan kepada semua ahli Emergency Response Team (ERT), Fakulti Komputeran agar setiap ahli memahami tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan terutama apabila berlaku insiden yang tidak diingini.

 

Kesimpulannya bengkel ini sangat memberi banyak ilmu dan manfaat serta pengalaman yang sangat berguna kepada ahli ERT di Fakulti Komputeran yang mana boleh dimanfaatkan dimana sahaja demi keselamatan keluarga mahupun individu berhampiran.

 

Unit OSHE UTM juga sangat berpuashati dengan kerjasama yang ditunjukan oleh staf Fakulti semasa bengkel dijalankan.  Dan berharap ianya akan menjadi contoh kepada Fakulti lain agar dapat menganjurkan bengkel seperti ini. Adalah diharapkan bengkel dan latihan seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan demi kebaikan ahli ERT dan warga Universiti umumnya.