Bengkel Pengurusan Kecemasan bagi ahli ERT

Bengkel ini telah diadakan di Fakulti Komputeran pada 20 Ogos 2015 (Khamis) selama sehari bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 3.30 petang.  Bengkel ini bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada Ketua Insiden (Incident Commander) dan ahli Emergency Response Team (ERT) agar terlatih dan mahir mengunakan peralatan keselamatan serta memahami fungsi dan tujuan pengunaannya serta tanggungjawab yang dipikul.

 

Selain latihan kemahiran, peserta juga didedahkan dengan fungsi peralatan keselamatan secara teori dan praktikal yang telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pejabat Harta Bina, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),Unit Keselamatan, Pejabat Pendaftar dan Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM (Unit OSHE UTM).

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ceramah bertajuk peranan dan tanggungjawab ahli ERT yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Yahaya bin Mohd Yatim, Timbalan Pengarah OSHE UTM, perbincangan penyelesaian masalah secara berkumpulan serta pembentangan, latihan mengunakan peralatan pemadam api dengan cara semburan air dan gas untuk semua angota ERT. Turut diadakan adalah pendedahan alat-alat pencegahan seperti break glass, pengesan asap, pengesan haba dan loceng kecemasan.

 

Seramai 35 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti bengkel ini dan ianya terdiri dari pelbagai jawatan dan juga jabatan.  Antaranya terdiri daripada Pengurus Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar, Penolong Jurutera, Juruteknik, Pembantu Tadbir, Setiausha Pejabat, serta Pembantu Operasi.

 

Bengkel yang diadakan secara julungkali ini dikhaskan kepada semua ahli Emergency Response Team (ERT), Fakulti Komputeran agar setiap ahli memahami tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan terutama apabila berlaku insiden yang tidak diingini.

 

Kesimpulannya bengkel ini sangat memberi banyak ilmu dan manfaat serta pengalaman yang sangat berguna kepada ahli ERT di Fakulti Komputeran yang mana boleh dimanfaatkan dimana sahaja demi keselamatan keluarga mahupun individu berhampiran.

 

Unit OSHE UTM juga sangat berpuashati dengan kerjasama yang ditunjukan oleh staf Fakulti semasa bengkel dijalankan.  Dan berharap ianya akan menjadi contoh kepada Fakulti lain agar dapat menganjurkan bengkel seperti ini. Adalah diharapkan bengkel dan latihan seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan demi kebaikan ahli ERT dan warga Universiti umumnya.

Laporan Ringkas Program Hari Kesihatan Dan Keselamatan Di Tempat Kerja Anjuran Unit OSHE, Fakulti Komputeran

Program Hari Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja Anjuran Unit OSHE, Fakulti Komputeran telah diadakan pada 09hb. April 2014 bertempat di Fakulti Komputeran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersempena program selama sehari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:-

  1. Program Menderma Darah –Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Aminah
  2. Program Ceramah Berkaitan Kawalan Stress –Unit Kaunseling dan Kerjaya, UTM
  3. Program Ceramah Kesihatan – Pusat Kesihatan UTM
  4. Pameran Peralatan dan Jentera Bomba & Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api – Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Universiti
  5. Sesi Senamrobik

Program yang diadakan pada tahun kedua berturut-turut ini juga dibuka penyertaannya kepada semua warga universiti selain penyertaan dari staf dan mahasiswa fakulti. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya bagi aktiviti menderma darah. Jumlah bilangan penderma darah adalah melebihi 50 orang. Walau bagaimanapun, ramai dari kalangan warga fakulti yang tidak menderma darah disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan dan lain-lain.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan ialah di dalam sesi latihan penggunaan alat pemadam api. Peserta telah diberi peluang untuk belajar dan menggunakan alat pemadam api sebenar untuk memadamkan api. Selain dari itu, peserta juga dapat mencuba pakaian khas yang digunakan oleh ahli bomba ketika menjalankan misi menyelamat dan ketika berhadapan dengan kebakaran.

Moga Program Hari Kesihatan Dan Keselamatan Di Tempat Kerja ini akan dijadikan sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti Unit OSHE, Fakulti Komputeran pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana, pendedahan kepada keperluan mengenai pengetahuan dalam perkara berkaitan kesihatan dan keselamatan di tempat kepada warga fakulti khasnya perlu disemai dan dilaksanakan dari masa ke semasa untuk kesejahteraan bersama.

Tentatif Hari Keselamatan Dan Kesihatan Fakulti Komputeran

 

Tarikh          : 16hb. April 2014

Hari             : Rabu

Masa            : 8:30 pagi – 5:00 petang

Tempat        : Fakulti Komputeran, Bangunan N28(A)

 

08:30 – 09:15

Senam Robik

Foyer N28a

09:15 – 09:30

Majlis Perasmian Hari Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja, Fakulti Komputeran

09:30 – 10:00

Kudapan

Laman Interaksi

10:00 – 11:00

Latihan Memadam Api & Pameran Jentera Bomba Terkini

Foyer N28a

11:00 – 12:00

Tekanan Di Tempat KerjaPn. Norzimazaihan binti Pi’i, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling UTM

Dewan Seminar, Aras 1

12:00 – 13:00

Jom Sihat!!!Dr. Rozana binti Hisham, Pusat Kesihatan UTM

Dewan Seminar, Aras 1

13:00 – 14:00

Rehat

09:00 – 16:30

Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah (Hospital Sultanah Aminah)

Bilik Kuliah 4, Aras 1

Biofeedback test oleh Pusat Kaunseling UTM

Bilik Kuliah 8, Aras 1

Pameran Kesihatan & Keselamatan

 

* Digalakkan berpakaian sukan