Program Hari Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja Anjuran Unit OSHE, Fakulti Komputeran telah diadakan pada 09hb. April 2014 bertempat di Fakulti Komputeran. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersempena program selama sehari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:-
- Program Menderma Darah –Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Aminah
- Program Ceramah Berkaitan Kawalan Stress –Unit Kaunseling dan Kerjaya, UTM
- Program Ceramah Kesihatan – Pusat Kesihatan UTM
- Pameran Peralatan dan Jentera Bomba & Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api – Jabatan Bomba dan Penyelamat Taman Universiti
- Sesi Senamrobik
Program yang diadakan pada tahun kedua berturut-turut ini juga dibuka penyertaannya kepada semua warga universiti selain penyertaan dari staf dan mahasiswa fakulti. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya bagi aktiviti menderma darah. Jumlah bilangan penderma darah adalah melebihi 50 orang. Walau bagaimanapun, ramai dari kalangan warga fakulti yang tidak menderma darah disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan dan lain-lain.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan ialah di dalam sesi latihan penggunaan alat pemadam api. Peserta telah diberi peluang untuk belajar dan menggunakan alat pemadam api sebenar untuk memadamkan api. Selain dari itu, peserta juga dapat mencuba pakaian khas yang digunakan oleh ahli bomba ketika menjalankan misi menyelamat dan ketika berhadapan dengan kebakaran.
Moga Program Hari Kesihatan Dan Keselamatan Di Tempat Kerja ini akan dijadikan sebagai acara tahunan di dalam kalendar aktiviti Unit OSHE, Fakulti Komputeran pada tahun-tahun berikutnya. Ini kerana, pendedahan kepada keperluan mengenai pengetahuan dalam perkara berkaitan kesihatan dan keselamatan di tempat kepada warga fakulti khasnya perlu disemai dan dilaksanakan dari masa ke semasa untuk kesejahteraan bersama.