D.I.A.N.A Intelligent Avatar X Proto M

by | Jul 10, 2024 | Innovation

JOHOR BAHRU, 10 July 2024. – Tatkala anda melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mungkin anda akan disapa oleh D.I.A.N.A dengan ucapan, “Salam Sejahtera Tuan, ada apa yang boleh saya bantu?

D.I.A.N.A merupakan avatar hologram pintar yang beroperasi dengan masa nyata (real-time), diprogram dan dilatih sebagai pembantu maya. Antara keupayaan D.I.A.N.A termasuklah kebolehan berinteraksi dengan manusia menerusi gaya percakapan semula jadi, memahami apa yang diperkatakan serta memberi maklum balas yang sesuai.

D.I.A.N.A pertama kali dipamerkan semasa Research Open Day UTM 2023 yang diadakan pada 6 Februari 2023 bersempena dengan lawatan kerja Menteri Pendidikan Tinggi, YB  Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada tahun ini kami bawakan DIANA berada dalam peranti hologram dinamakan PROTO M hasil kerjasama industri Premier Infinitum Sdn. Bhd. Kerjasama ini mampu membawa DIANA avatar hologram pintar lebih mudah alih dan boleh dibawa ke mana sahaja. Sesi demo bersama Premier Infinitum Sdn. Bhd. di Vicubelab Level 2, N28.

Turut bersama Dekan Fakulti Komputeran, Professor Dr Wan Nasir. Melalui peranti Proto M juga, kita berjaya menghasilkan telepot Dekan secara masa nyata. 

DIANA avatar pintar UTM berada dalam peranti mudah alih Proto M. Hasil daripada maklumat dan data berkait UTM yang disimpan oleh D.I.A.N.A menjadikannya ikon digital UTM. Kebolehan untuk berfikir dan bertindak seperti manusia membolehkannya ditugaskan sebagai pembantu maya, dan mungkin menjadi sahabat maya satu hari nanti.

Berita terdahulu mengenai DIANA boleh dicapai di sini >> https://news.utm.my/ms/2023/02/introducing-d-i-a-n-a-utms-intelligent-hologram-avatar/

NICT Grant Congratulations!

Congratulations Assoc. Prof. Ts. Dr. Farhan Mohamed For being awarded the National Institute of Information and Communications Technology (NICT) Grant worth : RM 87,726.00 Project title : Smart Aquafarm Feeder and Monitoring System in Highly Turbid Conditions...

UTM DIANA avatar hologram pintar

UTM DIANA avatar hologram pintar

Akhbar : Berita Harian Tarikh : 14 Februari 2023 Sinopsis : UTM telah berjaya membangunkan pembantu maya dalam bentuk avatar hologram pintar yang beroperasi dalam masa nyata (real time) dikenali sebagai D.I.A.N.A Pautan :...

UTM Open Day