Bengkel Aplikasi Scratch 1.0

by | Jul 5, 2024 | Seminar & Conference

JOHOR BAHRU, 5 Julai 2024 – Sekumpulan 10 penyelidik dari Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menyertai program Kembara Scratch 1.0, satu program pemindahan ilmu kemahiran pengaturcaraan asas menggunakan perisian Scratch untuk murid-murid sekolah rendah. 

Program ini merupakan kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Sri Skudai dengan Fakulti Komputeran UTM. Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Bengkel Aplikasi Scratch 1.0 yang sebelum ini diketuai oleh Dr. Farkhana Muchtar. Program telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di mana ia telah menarik penyertaan seramai 50 murid dari lima sekolah rendah sekitar Johor Bahru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Siti Zaiton binti Mohd Hashim, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Komputeran, dan diserikan lagi dengan kehadiran Encik Wan Hafizi bin Wan Hazit, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Snapshots of Our Journey

D.I.A.N.A Intelligent Avatar X Proto M

D.I.A.N.A Intelligent Avatar X Proto M

JOHOR BAHRU, 10 July 2024. – Tatkala anda melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mungkin anda akan disapa oleh D.I.A.N.A dengan ucapan, “Salam Sejahtera Tuan, ada apa yang boleh saya bantu? D.I.A.N.A merupakan avatar hologram pintar yang beroperasi dengan masa...

NICT Grant Congratulations!

Congratulations Assoc. Prof. Ts. Dr. Farhan Mohamed For being awarded the National Institute of Information and Communications Technology (NICT) Grant worth : RM 87,726.00 Project title : Smart Aquafarm Feeder and Monitoring System in Highly Turbid Conditions...

UTM DIANA avatar hologram pintar

UTM DIANA avatar hologram pintar

Akhbar : Berita Harian Tarikh : 14 Februari 2023 Sinopsis : UTM telah berjaya membangunkan pembantu maya dalam bentuk avatar hologram pintar yang beroperasi dalam masa nyata (real time) dikenali sebagai D.I.A.N.A Pautan :...

UTM Open Day