FC News & Update

Sosial media feed

Student

20/06/2026

Computing Gala 2026

Pada 20 Jun 2026, bermula jam 8:00 malam, Program Computing Gala 2026 telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri sebagai satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) UTM.

Program ini bertujuan menghargai pencapaian dan sumbangan mahasiswa Fakulti Komputeran sepanjang sesi tahun 2025/2026, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa, pensyarah, dan pihak fakulti. Acara ini turut menjadi platform untuk meraikan pelbagai kejayaan seperti pencapaian akademik dan kokurikulum. Computing Gala 2026 juga telah memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Fakulti Komputeran melalui persembahan, cabutan bertuah dan kios foto yang disediakan.

UTM Open Day
Scroll to Top