FC News & Update

Sosial media feed

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Anazida Binti Zainal

10/09/2026

Achievement

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! Warga Fakulti Komputeran, UTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Anazida Binti Zainal atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan serta pembangunan belia negara.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan cemerlang, sekali gus memberi impak bermakna kepada pembangunan belia serta kemajuan negara

UTM Open Day
Scroll to Top