FC News & Update

Sosial media feed

Keputusan UTM Staff Games: Fakulti Komputeran Cemerlang!

09/07/2026

Staff

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen Fakulti Komputeran atas pencapaian luar biasa dalam kejohanan UTM Staff Games kali ini! πŸ”΄βœ¨ FC berjaya membawa pulang 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak, meletakkan fakulti kita dalam kelompok teratas carta kedudukan pingat! πŸ₯‡πŸ₯ˆ

πŸ₯‡ EMAS – Sepak Takraw (BACK-TO-BACK CHAMPIONS!)

Pertahankan kejuaraan! Pasukan Sepak Takraw FC sekali lagi membuktikan dominasi mereka dengan mengekalkan gelaran JUARA dari tahun lepas! Syabas diucapkan kepada:

Encik Shokri bin Hj. Abd. Majid

Encik Noraziman bin Othman

Encik Mohd Fairus bin Subari

Encik Aminuddin bin Ahmad (Pengurus)

Encik Ahmad Syazani Ahmad Nizam

πŸ₯ˆ PERAK – Petanque Double Wanita (Debut yang Hebat!)

Satu sejarah tercipta! Walaupun ini merupakan kali pertama Fakulti Komputeran menghantar wakil bagi acara Petanque, gandingan mantap kita berjaya membawa pulang pingat perak! First time masuk, terus podium! Tahniah kepada:

Puan Suhana Md. Khalid @ Kadim

Puan Laily Marina Mastan

Terima kasih kepada semua atlet, pengurus pasukan, dan penyokong Fakulti Komputeran yang sentiasa memberikan sokongan padu. Korang memang terbaik!

UTM Open Day
Scroll to Top