Program Senamrobik, Briskwalk dan KUDAH Merdeka 2026 merupakan satu inisiatif Green FC (Fakulti Komputeran) yang menggabungkan aktiviti kecergasan, riadah, semangat patriotisme serta kesedaran terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik, diikuti dengan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat fakulti oleh Timbalan Pendaftar FC iaitu Encik Baharudin Bin Mastari. Selepas itu diikuti aktiviti Briskwalk ke Balai Cerap, sesi fotografi serta Kuiz Merdeka. Program ini berjaya dijayakan oleh staf pentadbiran, akademik dan pengurusan.









