6 April 2026 – Telah berlangsung sesi pertemuan Prof. Dr. Azlan bin Mohd Zain, Menjalankan Tugas Dekan Fakulti Komputeran (FC), bersama pensyarah baharu iaitu Dr. Anis Farhan binti Kamaruzaman dan Dr. Ummu Hani’ binti Hair Zaki serta staf pentadbiran iaitu Puan Hasriyah binti Othman yang berpindah masuk ke FC. Mereka telah melapor diri pada 1 April 2026.
Dalam sesi tersebut, Prof. Dr. Azlan telah mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah dan selamat datang kepada mereka kerana telah menjadi warga FC.
Pelbagai perkara telah dibincangkan, terutamanya berkaitan tugas dan tanggungjawab sebagai staf pentadbiran dan akademik di FC. Prof. Dr. Azlan turut menekankan kepentingan komitmen, profesionalisme, serta integriti dalam melaksanakan amanah, di samping menggalakkan budaya kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan.
Selain itu, penerangan mengenai struktur organisasi fakulti, peranan setiap jabatan, serta hala tuju dan perancangan strategik FC turut diterangkan secara ringkas. Mereka juga diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dan bertanya soalan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara berkaitan.
Sesi ini diharapkan dapat membantu semua warga baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di FC serta menyumbang secara efektif ke arah kecemerlangan fakulti.







