SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH STAR RATING BAGI PROJEK KOMUNITI FAKULTI KOMPUTERAN 2026
Seluruh warga Fakulti Komputeran merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahizan Othman selaku ketua projek, serta seluruh ahli projek atas kejayaan menerima penarafan 3 Bintang bagi projek Kursus Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan iCARE melalui Platform Digital PLAS.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi, serta terus menyumbang secara positif kepada pembangunan pendidikan dan komuniti pada masa hadapan.









