UTM catat kedudukan pertama Graduan Tahap Kemahiran Tinggi

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kecemerlangan apabila buat pertama kali mencatatkan kedudukan pertama, bagi kategori Graduan Tahap Kemahiran Tinggi, dengan kadar 85.4 peratus.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata UTM juga kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan universiti awam (UA) di Malaysia bagi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda), berdasarkan Laporan Penuh Kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 5 Julai lalu.

Katanya, pencapaian itu sekali gus mengekalkan keunggulan UTM selaku universiti perintis bagi Graduan Berpendapatan Premium di Malaysia.

“Pencapaian ini dilihat mengukuhkan kedudukan UTM sebagai universiti peneraju dalam memperkasa agenda Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi sebagaimana yang digariskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Scroll to Top