Seminar dan Mesyuarat Majlis Dekan ICT

Seminar Majlis Dekan-Dekan ICT IPT (MaDICT) 2023 & Mesyuarat MaDICT Bil. 4/2023 telah berlangsung di UTM pada 21 Disember, 2023 dengan penyertaan dari 20 institut pengajian awam iaitu UKM, USM, UM, UPM, UTM, UITM, UIAM, UUM, UMS, UNIMAS, UPSI, UTHM, UPNM, UMPSA, UTEM, UMT, UMK, UNIMAP, USIM dan UNISZA. Manakala 4 penyertaan dari institut pengajian swasta iaitu UTP, UNITEN, MMU, & UNIKL. Tidak ketinggalan juga penyertaan ahli bersekutu dari MDEC dan wakil Bahagian Kecemerlangan Akademik dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Malaysia.
Bagi tahun 2023 sehingga 2025, MaDICT telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Komputeran, UTM, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir. Majlis Dekan ICT (MaDICT) merupakan sebuah platform yang berobjektifkan perkongsian ilmu, sumbangan idea serta pengalaman yang berkaitan dalam isu-isu ICT semasa dikalangan dekan-dekan IPT di seluruh Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir pada Seminar Majlis Dekan-Dekan ICT IPT (MaDICT) 2023 & Mesyuarat MaDICT Bil. 4/2023.
Tarikh: 21 Disember 2023 (Khamis)
Masa: 8.00 Pagi- 5. 00 Petang
Lokasi: Dewan Bankuet & Dewan Senat, UTM Johor Bahru
Scroll to Top