Fakulti Komputeran, UTM telah menganjurkan UTM ASCEND 2030: Grant Sharing Session – Unlocking Grant Opportunities di HyFlex Classroom, Fakulti Komputeran.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, yang berkongsi strategi mengenal pasti peluang geran, menghasilkan cadangan penyelidikan yang berkualiti serta menyokong aspirasi UTM ASCEND 2030.
Turut disertai oleh wakil UTM Research Alliances, CCIN, ICC dan CDEX, program ini memberi pendedahan kepada ahli akademik dan penyelidik mengenai amalan terbaik dalam permohonan geran penyelidikan serta memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi di Fakulti Komputeran.
Fakulti Komputeran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Ts. Dr. Ali Selamat atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang amat bermakna dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan warga akademik.
























