Kembara Scratch 1.0

JOHOR BAHRU, 5 Julai 2024 – Sekumpulan 10 penyelidik dari Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah menyertai program Kembara Scratch 1.0, satu program pemindahan ilmu kemahiran pengaturcaraan asas menggunakan perisian Scratch untuk murid-murid sekolah rendah. Program ini merupakan kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Sri Skudai dengan Fakulti Komputeran UTM. Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Bengkel Aplikasi Scratch 1.0 yang sebelum ini diketuai oleh Dr. Farkhana Muchtar. Program telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di mana ia telah menarik penyertaan seramai 50 murid dari lima sekolah rendah sekitar Johor Bahru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Siti Zaiton binti Mohd Hashim, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Komputeran, dan diserikan lagi dengan kehadiran Encik Wan Hafizi bin Wan Hazit, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Scroll to Top