JPMPP UTM diseru galas tugas dengan penuh amanah dan dedikasi

Mohammed Nabil Mahamad

JOHOR BAHRU, 7 Okt – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menyaksikan pelantikan rasmi seramai 47 pelajar dari Kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebagai Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) bagi sesi 2024/2025. Majlis penyampaian watikah pelantikan yang dianjurkan oleh Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) tersebut diadakan di Dewan Seminar Student Union Building, UTM Johor Bahru, dan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Scroll to Top